PROGRAM MESRA UMMAH BERSAMA JABATAN MUFTI (MUBJM) KALI KE 9 TAHUN 2024

Klang, 9 Ogos 2024 I Jumaat – Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS) dengan kerjasama Masjid Nurul Iman, Telok Gadong, Klang telah menganjurkan program Mesra Ummah Bersama Jabatan Mufti (MUBJM) selama dua hari bermula khamis 8 Ogos 2024 sehingga 9 Ogos 2024.

Program turun padang ini merupakan salah satu platform untuk mengeratkan ukhuwah antara Jabatan Mufti Negeri Selangor bersama masyarakat setempat di samping menjadi medium penyampaian dan perkongsian isu-isu kefatwaan semasa.

Program dimulai dengan membuat semakan kiblat Masjid Nurul Iman, Telok Gadong yang dilaksanakan pada petang khamis. Kemudian pada sebelah malamnya diadakan program Bicara Mufti bersama Y.A.D. Dato’ Setia Prof. Madya Dr. Haji Anhar bin Haji Opir, Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor. Program disambung dengan aktiviti Jom Teropong Angkasa yang dibimbing oleh Bahagian Falak JMNS.

Pada pagi Jumaat, 9 Ogos 2024 pula diadakan program Kuliah Dhuha bertajuk Himpunan Soaljawab Agama yang dihadiri hampir 100 jemaah muslimat masjid.

Pengisian seterusnya adalah tazkirah Jumaat oleh Ustaz Khairiamri bin Ahmad dan diikuti sesi dialog 30 minit selepas solat Jumaat yang menyentuh pelbagai isu hukum hakam semasa.

Sekitar 400 jemaah hadir memeriahkan program MUBJM pada kali ini.

Accessibility Toolbar

PHP Code Snippets Powered By : XYZScripts.com