Makluman berkenaan artikel Taudhih Al-Hukmi bertajuk Penjelasan Hukum Solat Dengan Pemakaian Telekung Kebiasaan Wanita Melayu

MAKLUMAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah

  1. Jabatan ini merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang sangat prihatin dalam memberikan pandangan, cadangan serta maklum balas terhadap artikel Taudhih Al-Hukmi yang dipaparkan dalam media sosial jabatan bertajuk Penjelasan Hukum Solat Dengan Pemakaian Telekung Kebiasaan Wanita Melayu yang diterbitkan pada 15 Rabi’ul Akhir 1446H bersamaan 18 Oktober 2024.
  2. Sebagai tindakan susulan, saya telah meminta Bahagian Fatwa mengadakan Muzakarah Pakar dalam masa terdekat bagi meneliti dan membahaskan secara terperinci akan isu ini. Hasil daripada Muzakarah ini nanti akan dikongsikan kepada masyarakat InshaAllah.
    Sekian, terima kasih.


Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor

Accessibility Toolbar

PHP Code Snippets Powered By : XYZScripts.com