SEMINAR PENDIDIKAN FALAK SEMPENA KONVENSYEN FALAK SELANGOR TAHUN 2024

Jabatan Mufti Negeri Selangor akan menganjurkan Seminar Pendidikan Falak sempena Konvensyen Falak Selangor Tahun 2024 pada 26 Oktober 2024 bersamaan 23 Rabi’ul Akhir 1446H bertempat di Dewan Auditorium SIRIM Berhad, Shah Alam bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Seminar ini akan membincangkan perkembangan, isu-isu, cabaran dan hala tuju pendidikan ilmu falak dalam era Kecerdasan Buatan (A.I.) pada hari ini. Senarai tajuk dan pembentang adalah seperti berikut;

_*Sustainable Space Tecnologies*_
Y.Bhg. Prof. Madya Ts. Dr. Muhammad Hanafi bin Azami
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

*Inovasi Dalam Perisian Falak: Meningkatkan Ketepatan Dan Aksebiliti Falak*
Melalui Teknologi Digital”
Y.Bhg. Dr. Abdul Halim bin Abdul Aziz
Panel Pakar Falak, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

*Aplikasi A.I. Dalam Penyembulan Data Maklumat Falak*
Y.Bhg. En. Ahmad Taufan bin Abdul Rashid
Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur, UniSZA

*Transformasi Digital Dalam Pendidikan Falak Di Malaysia*
Y.Bhg. Prof. Kehormat Dato’ Dr. Mohd. Zambri bin Zainuddin
YDP Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor

Penyertaan adalah terbuka dan tiada yuran penyertaan dikenakan. Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan berikut:

https://bit.ly/BoranPendaftaranSeminarPendidikanFalakKFS24

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan urus setia, Ustaz Sufiyan Hadi bin Sayuti di talian 012-6793731.

Accessibility Toolbar