KONVENSYEN FALAK SELANGOR TAHUN 2024
Jabatan Mufti Negeri Selangor akan menganjurkan Konvensyen Falak Selangor 2024 pada 25 dan 26 Oktober 2024 bersamaan 22 dan 23 Rabi’ul Akhir 1446H bertempat di Dewan Auditorium SIRIM Berhad, Shah Alam, Selangor.
Orang ramai dijemput hadir memeriahkan pelbagai aktiviti yang telah diatur sempena Konvensyen Falak Selangor pada kali ini. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua orang. Maklumat lanjut berkaitan program akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
#konvensyenfalakselangor
#falakselangor