Hukum Ajaran Kumpulan Negara Islam Indonesia (N11) di Negeri Selangor

Hukum ajaran kumpulan negara Islam Indonesia (NII) di Negeri Selangor adalah sesat kerana menyeleweng dari ajaran Islam sebenar. Ini adalah kerana ajaran tersebut mempunyai cirri-ciri seperti berikut : 1. Dari Segi Akidah (i) Membuat pembahagian tauhid bertentangan dengan akidah Ahli Sunah Wal Jamaah. Ajaran ini menjadikan suatu simpulan tauhid Rububiyyah, Mulkiyyah, Ubudiyyah yang dikatakan pembahagian tauhid yang mempunyai hubungan langsung dalam sistem bernegara berdasarkan kepada surah Al-Fatihah dan surah An-Nas.

Accessibility Toolbar