Haram melaksanakan Eutanasia atau Mercy Killing kerana berusaha mempercepatkan kematian dengan memberhentikan rawatan atau mengambil ubat-ubatan pada dos yang berlebihan untuk menghentikan hayat adalah perbuatan membunuh. Perbuatan membunuh adalah perbuatan yang berlawanan kehendak Allah S.W.T. dan merampas haknya.