PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 33(1) dibaca bersama subseksyen 31(1) dan seksyen 32 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, Mufti bagi Negeri Selangor, selepas berbincang dengan jawatankuasa Perunding Hukum Syara’, meminda fatwa tentang Ilmu Tajali Ahmad Laksamana (Hakikat Insan) yang disiarkan pada 23hb November 1995 dengan menggantikan tajuk buku “Cara Mengenal Diri” dalam subperenggan (1)(c) dengan tajuk buku “Ilmu Mengenal Allah”