Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-2/2018 yang bersidang pada 20 April 2018 bersamaan 4 Syaaban 1439H memutuskan bahawa:
Sesuatu wasiat yang dibuat kepada seseorang waris hendaklah tidak berkuat kuasa sehingga diberi persetujuan oleh waris-warisnya selepas kematian pewasiat.
Bertarikh 20 April 2018
(MJKFNS. BIL.2/2018)
DATO’ SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa
Negeri Selangor