Hukum Menukar Status Jantina Di Mykad

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-3/2019 yang bersidang pada 28 Syawwal 1440H bersamaan 2 Julai 2019 memutuskan:

(1)  Menukar status jantina dalam MyKad bagi pemilik yang menjalani pembedahan pertukaran jantina yang diharuskan oleh syarak adalah harus.

(2)  Sebaliknya menukar status jantina dalam MyKad bagi pemilik yang menjalani pembedahan jantina yang tidak dibenarkan oleh syarak adalah haram.

Bertarikh 2 Julai 2019

(MJKFNS. BIL.3/2019)

DATO’ SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa

Negeri Selangor

Accessibility Toolbar