Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-6/2019 yang bersidang pada 6 Rabi’ul Akhir 1441H / 3 Disember 2019 memutuskan:
a) Hukum pendermaan buah pinggang atau hati oleh orang-orang Islam yang masih hidup adalah harus dan ia sangat digalakkan.
b) Hukum pemindahan keseluruhan organ atau tisu daripada tubuh badan orang-orang Islam yang telah meninggal dunia termasuk hati, paru-paru, buah pinggang, injap jantung, kulit atau tulang adalah harus dan ia sangat digalakkan.
Bertarikh 3 Disember 2019
(MJKFNS. BIL.6/2019)
DATO’ SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa
Negeri Selangor