Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-3/2021 yang bersidang pada 25 Rajab 1442H bersamaan 18 Mei 2021 memutuskan bahawa;
a) Hukum melihat anak bulan melalui mata kasar dengan bantuan peralatan optik adalah harus;
b) Kenampakan anak bulan menggunakan teknik pengimejan adalah diharuskan dengan parameter yang ditetapkan oleh JAKIM melalui garis Panduan/Tatacara Pensabitan Kenampakan Anak Bulan Menerusi Teknik Pengimejan;
c) Kenampakan anak bulan hendaklah memenuhi kriteria Imkanur Rukyah;
d) Bilangan saksi bagi pensabitan anak bulan hendaklah terdiri daripada seorang saksi yang adil untuk anak bulan Ramadan dan dua orang saksi bagi selain Ramadan. Manakala bagi teknik pengimejan hendaklah disaksikan oleh dua saksi Muslim yang adil; dan
e) Kesaksian wanita diterima dalam kenampakan anak bulan.
Bertarikh 18 Mei 2021
(MJKFNS. BIL.3/2021)
DATO’ SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa
Negeri Selangor