Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor telah memutuskan bahawa:
Pihak Pentadbiran Pusat Zakat Selangor harus menggunakan wang zakat sekiranya bertepatan dengan kehendak syara’ dan juga melihat kepada tahap keperluan atau keutamaan terhadap bentuk permohonan yang diterima.