Penjualan Kondom Secara Terbuka

Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor telah memberi pandangan bahawa;

Penjualan kondom di Negeri Selangor hendaklah dilakukan secara terkawal seperti mendapatkan kebenaran bertulis dari doktor dan dijual di tempat-tempat tertentu serta menentukan had umur pembeli. Janganlah dijual secara terbuka di tempat-tempat awam lebih-lebih lagi kotak pembungkus kondom itu mempamerkan gambar yang mengghairahkan. Peraturan ini perlu dibuat supaya tidak berlaku penyalahgunaannya.

Accessibility Toolbar