#79 Taudhih Al-Hukmi : Haid bagi Wanita: Adakah Bermula 9 Tahun Hijri atau 9 Tahun Masihi?

 

Tarikh: 21 Januari 2025

Disediakan oleh: Nor Hanani binti Ahmad

Pendahuluan

Wanita diciptakan oleh Allah SWT dengan beberapa keistimewaan termasuk fasa didatangi haid pada tempoh tertentu. Fasa tersebut bermula apabila seseorang wanita tersebut mencapai umur haid atau baligh. Namun begitu, timbul persoalan apakah umur paling awal seorang wanita boleh didatangi haid?

Definisi Haid

Haid menurut ahli bahasa berasal dari kata السيلان (mengalir). Dikatakan pada bahasa حَاضَ الْوَادِي yang bermaksud air lembah itu mengalir[1]. Manakala menurut istilah, Imam al-Nawawi menukilkan bahawa:

وَالْحَيْضُ دَمٌ يُرْخِيه رَحِمُ الْمَرْأَةِ بَعْدَ بُلُوغِهَا فِي أَوْقَاتٍ مُعْتَادَةٍ وَالِاسْتِحَاضَةُ سَيَلَانُ الدَّمِ فِي غَيْرِ أَوْقَاتِهِ الْمُعْتَادَةِ[2]

Maksudnya: Haid ialah darah yang dikeluarkan dari rahim wanita setelah beliau baligh pada waktu-waktu kebiasaan. Istihadhah ialah darah yang mengalir pada waktu-waktu yang lain yang bukan kebiasaan.

 

Kitab al-Iqna’ fi Hal Alfaẓ Abi Shuja’ pula mendefinisikan haid ialah: 

دم جبلة أَي تَقْتَضِيه الطباع السليمة و (هُوَ) الدَّم (الْخَارِج من فرج الْمَرْأَة) أَي من أقْصَى رَحمهَا (على سَبِيل الصِّحَّة) احْتِرَازًا عَن الِاسْتِحَاضَة (من غير سَبَب الْولادَة) فِي أَوْقَات مَعْلُومَة[3]

Maksudnya: Darah kebiasaan iaitu fitrah yang sihat, (yang keluar daripada faraj wanita) iaitu dari hujung rahim wanita dalam keadaan sihat bagi membezakannya dengan istihadhah (selain kerana bersalin) pada waktu-waktu yang diketahui.

 

Menurut istilah perubatan, haid dikenali sebagai ‘menstruation’ dan ‘menses’ dalam Bahasa Inggeris yang berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud bulan. Kitaran haid berlaku secara bulanan dengan purata 28 hari setiap kitaran[4].

 

Permulaan Umur Haid

Tiada nas syarak yang khusus ditemui dalam penentuan tempoh permulaan haid bagi seorang wanita kerana ada hikmah yang tertentu[5]. Oleh kerana itu, kaedah yang dipakai untuk perkara ini adalah dengan mengikut adat dan kebiasaan kaum wanita dalam menentukan kebiasaan bagi permulaan kedatangan haid mereka. Kebanyakan ulama antaranya Imam Shafi’i telah membuat kajian dan tinjauan mengenai perkara ini dengan kaedah istiqra’ dan mendapati umur sembilan tahun Qamariah taqriban (secara lebih kurang) adalah umur yang paling awal bagi kaum wanita kedatangan haid. Ia sebagaimana dijelaskan di bawah:

 

Permulaan umur haid bagi wanita adalah sekurang-kurangnya sembilan tahun Qamariah atau Hijriah sebagaimana dinukilkan oleh Imam Khatib al-Syirbini bahawa:

قَالَ الإِمَام الشَّافِعِي رَضِي الله تَعَالَى عَنهُ أعجل من سَمِعت من النِّسَاء يحضن نسَاء تهَامَة يحضن لتسْع سِنِين أَي تَقْرِيبًا لَا تحديدا فيتسامح قبل تَمامهَا بِمَا لَا يسع حيضا وطهرا دون مَا يسعهما وَلَو رَأَتْ الدَّم أَيَّامًا بَعْضهَا قبل زمن الْإِمْكَان وَبَعضهَا فِيهِ جعل الثَّانِي حيضا إِن وجدت شُرُوطه الْمَارَّة

Maksudnya: Imam al-Shafi’i RA berkata wanita yang paling cepat aku dengar mengalami haid ialah wanita Tihamah, mereka berhaid ketika berumur sembilan tahun taqriban (secara lebih kurang) bukan secara tahdid (tepat). Maka jika tidak cukup tempoh haid dan tempoh suci keduanya, sekiranya datang darah sehari semalam sebelum sampai tempoh umur tersebut darah yang datang kedua setelah itu adalah haid sekiranya mencukupi syarat keluarnya haid.

 

Begitu juga seperti yang dinyatakan dalam hadis yang diriwayatkan daripada Saidatina ‘Aishah RA[6]:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَنَى بِهَا وَهِيَ بِنْتُ تِسْعِ سِنِينَ وَقَدْ قَالَتْ عَائِشَةُ: ” ‌إِذَا ‌بَلَغَتِ ‌الجَارِيَةُ ‌تِسْعَ ‌سِنِينَ ‌فَهِيَ ‌امْرَأَةٌ

Maksudnya: Bahawa Nabi SAW mula bersama (bersatu) dengannya semasa beliau berumur sembilan tahun. Kata ‘Aishah: Apabila kanak-kanak perempuan mencecah usia sembilan tahun dia sudah menjadi dewasa (iaitu hukumnya sama seperti wanita dewasa).

(Riwayat al-Tirmizi)

Berdasarkan hadis di atas, yang dimaksudkan dengan “kanak-kanak perempuan yang mencecah usia sembilan tahun sudah dewasa” adalah  apabila seseorang telah baligh (didatangi haid) akan berlaku perubahan pada dirinya dari sudut perasaan atau emosi serta mampu membezakan sesuatu perkara itu baik atau buruk[7].

Selain itu, umur sembilan tahun yang dimaksudkan hendaklah berkait dengan perkara-perkara berikut:

(1)   Sempurna umur sembilan tahun

Sempurna sembilan tahun menurut Imam al-Nawawi ialah[8]

أَمَّا سِنُّ الْحَيْضِ، فَأَقَلُّهُ اسْتِكْمَالُ ‌تِسْعِ ‌سِنِينَ ‌عَلَى ‌الصَّحِيحِ، وَمَا رَأَتْهُ قَبْلَهُ دَمُ فَسَادٍ

Maksudnya: Adapun umur haid, sekurang-kurangnya adalah genap sembilan tahun menurut pendapat yang sahih. Adapun darah yang dilihatnya sebelum itu dikira sebagai darah fasad.

 

Contoh: seorang perempuan yang dilahirkan pada 20 Muharram 1400H. Jadi, 20 Muharram 1409H cukup umurnya sembilan tahun.

(2)   Sembilan tahun dengan pengiraan tahun Hijrah bukan kiraan tahun Masihi.

(3)   Sembilan tahun bersifat taqriban (secara lebih kurang)

Menurut kitab Fath al-Wahhab karangan Syeikh al-Islam Zakaria al-Ansoriy umur permulaan wanita haid adalah sembilan tahun Qamariah taqriban (secara lebih kurang)[9]:

‌أَقَلُّ ‌سِنِّهِ ‌تِسْعُ ‌سنين ” ‌قمرية ” تقريبا

Maksudnya: Sekurang-kurang umurnya adalah sembilan tahun Qamariah taqriban (secara lebih kurang).

 

          Taqriban yang dimaksudkan ialah tempoh yang singkat yang tidak mampu menampung tempoh haid dan suci iaitu kurang 16 hari 16 malam[10]. Oleh itu, darah yang keluar itu akan dihukumkan sebagai darah haid apabila usia wanita tersebut hampir sembilan tahun. Ukuran taqrib (lebih kurang) menurut fuqaha’ jika darah yang keluar dalam tempoh kurang 16 hari 16 malam[11] sebelum genap umur sembilan tahun hijri, ia dihukumkan sebagai darah haid sekiranya menepati syarat-syarat haid. Manakala darah yang keluar dalam tempoh 16 hari dan ke atas sebelum genap umur sembilan tahun hijri ia dihukumkan sebagai darah istihadhah atau darah penyakit. Tempoh 16 hari tersebut ditetapkan berdasarkan asas bahawa 15 hari 15 malam adalah sekurang-kurang tempoh suci, manakala 1 hari 1 malam adalah sekurang-kurang tempoh haid. Perkara ini seperti dinukilkan dalam kitab Hashiah al-Bujairimi ‘ala Sharh al-Minhaj[12]:

 

(‌أَقَلُّ ‌سِنِّهِ ‌تِسْعُ ‌سِنِينَ) ‌قَمَرِيَّةٍ (تَقْرِيبًا) فَلَوْ رَأَتْ الدَّمَ قَبْلَ تَمَامِ التِّسْعِ بِمَا لَا يَسَعُ حَيْضًا وَطُهْرًا فَهُوَ حَيْضٌ وَإِلَّا فَلَا

Maksudnya: Sekurang-kurang umur adalah sembilan tahun Qamariah taqriban (secara lebih kurang). Sekiranya dia melihat darah sebelum genap sembilan tahun dalam kadar tempoh yang tidak mencukupi satu haid dan satu suci, maka ia adalah haid, namun jika tidak begitu, maka ia bukanlah haid.

 

Jadual Contoh Kiraan Haid.

Jadual berikut merupakan kiraan hari bulan hijrah, iaitu bulan  Syawwal.

Tempoh telus haid dan suci (istihadah)

Tempoh tidak telus haid dan suci (Haid)

kurang daripada 16 hari untuk lengkap umur 9 tahun

9 tahun

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

 

 

 

 

 

 

 

 

Situasi A

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Darah haid

 

 

 

 

 

 

 

Situasi B

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Istihadah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Situasi C

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Istihadah

Darah haid

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jadual di atas menerangkan perbezaan situasi seorang perempuan dalam menentukan jenis darah yang keluar ketika usianya berumur sembilan tahun qamariah. Menurut jadual ini, pada 20 Syawwal merupakan tarikh genap umurnya sembilan tahun hijri. Oleh itu, darah yang keluar dalam tempoh kurang 16 hari sebelum genap umur sembilan tahun hijri seperti situasi A dihukumkan haid sekiranya menepati syarat-syarat haid. Manakala darah yang keluar dalam tempoh 16 hari dan ke atas sebelum genap umur sembilan tahun hijri dihukumkan sebagai istihadhah.

 

 

Perbezaan Tahun Hijri dan Masihi

Perbezaan tahun Hijri atau Qamari dan masihi adalah seperti kenyataan berikut:

)قَمَرِيَّةٌ) نِسْبَةٌ إلَى الْقَمَرِ أَيْ الْهِلَالِ وَالْخَمْسَةُ الْبَاقِيَةُ فِي سِتَّةٍ بِثَلَاثِينَ سُدُسًا فَيَخُصُّ كُلَّ سَنَةٍ مِنْ الثَّلَاثِينَ خُمْسُ يَوْمٍ وَسُدُسُهُ. وَأَمَّا السَّنَةُ ‌الشَّمْسِيَّةُ فَهِيَ ثَلَاثُمِائَةِ يَوْمٍ وَخَمْسَةٌ وَسِتُّونَ يَوْمًا وَرُبْعُ يَوْمٍ إلَّا جُزْءًا مِنْ ثَلَاثِمِائَةِ جَزْءٍ مِنْ يَوْمٍ وَالسَّنَةُ الْعَدَدِيَّةُ ثَلَاثُمِائَةِ يَوْمٍ وَسِتُّونَ يَوْمًا لَا تَزِيدُ وَلَا تَنْقُصُ[13]

Maksudnya: Qamariah adalah nisbah kepada qamari atau bulan. 1 tahun qamariah bersamaan 354 hari, ⅕ hari dan ⅙ hari kerana setiap 30 tahun terdapat tambahan 11 hari pecahan iaitu 11/30 hari. Manakala setahun shamsiah atau masihi bersamaan 365 hari dan ¼ hari iaitu bersamaan 365 hari 6 jam tiada bertambah atau berkurang.

 

Kiraan tahun qamari atau hijri tersebut jika dikira dalam minit iaitu 11/30 hari x 60 minit = 528 minit. Apabila ditukar kepada unit jam bersamaan 8.8 jam. 0.8 jam x 60 minit = 48 minit. Maka satu tahun qamariah bersamaan 354 hari 8 jam 48 minit[14].

 

MASA

TAHUN HIJRIAH

 

TAHUN MASIHI

PERBEZAAN

1 Tahun

354 hari 8 jam 48 minit

 

365 hari 6 jam

10 hari 21 jam 12 minit

9 Tahun

3189 hari 7 jam 12 minit

 

3287 hari 6 jam

97 hari 22 jam 48 minit

 

Oleh itu, umur 9 tahun hijriah bersamaan 8 tahun 8 bulan 23 hari 19 jam 12 minit masihi. Ini bermakna umur taqriban (secara lebih kurang) 15 hari yang kurang daripada 16 hari adalah 8 tahun 8 bulan 7 hari 19 jam 13 minit (atau 12 minit) iaitu ditolak dari 15 hari dari tahun hijriah[15]. Sembilan tahun masihi bermakna umurnya telah mencecah 9 tahun 3 bulan 9 hari 9 jam hijriah.

 

Kesimpulan

Perbezaan tempoh antara tahun hijri dan tahun masihi menunjukkan terdapat perbezaan umur seseorang dalam kiraan hijri dan masihi. Perbahasan ulama di atas menjelaskan bahawa penentuan umur permulaan kanak-kanak perempuan mengalami haid adalah mengikut tahun hijri iaitu sembilan tahun qamari taqriban (secara lebih kurang) iaitu darah keluar kurang daripada 16 hari sebelum genap umurnya sembilan tahun qamariah, darah itu dianggap sebagai darah haid. Jika lebih daripada 16 hari dan ke atas, maka ia dianggap sebagai darah istihadhah. Oleh itu, jika kanak-kanak perempuan tersebut keluar darah ketika umur sembilan tahun masihi iaitu tempoh tersebut telah melepasi genap umur sembilan tahun hijri ia dihukumkan sebagai darah haid jika memenuhi syarat haid.



[1] Zakariyā bin Muḥammad bin Zakariyā al-Anṣārī, Zāyn al-Dīn Abū Yaḥyā al-Sinīkī, Asnā al-Maṭālib fī Sharḥ Rawdh al-Ṭālib, (t.p: Dār al-Kutub al-Islāmī, t.t), Jil. 1, Hal. 99.

[2] Abū Zakariā Muḥy al-Dīn bin Sharf al-Nawawī, al-Majmū’ Sharḥ al-Muhadhab, (Kāherah: Idārah al-Tibā’ah al-Munīriah, 1929), Jil. 2, hal. 342.

[3] Sham sal-Dīn, Muḥammad bin Aḥmad al-Khaṭīb al-Shirbīnī al-Shāfi’ī, al-Iqnā’ fī Ḥal Alfāẓ Abī Shujā’, (Beirut: Dār al-Fikr, t.t), Jil. 1, Hal. 95.

[4] Portal Rasmi Myhealth Kementerian Kesihatan Malaysia, maklumat diakses pada 7 Ogos 2024,  http://myhealth.moh.gov.my/hormon-dan-kitaran-haid/

[5] Sham sal-Dīn, Muḥammad bin Aḥmad al-Khaṭīb al-Shirbīnī al-Shāfi’ī, al-Iqnā’ fī Ḥal Alfāẓ Abī Shujā’, Jil. 1, Hal. 99; Shams al-Dīn Muḥammad bin Abī al-Abbas Aḥmad bin Ḥamzah Shihāb al-Dīn al-Ramlī, Nihāyah al-Muḥtāj ilā Syarḥ al-Minhāj, (Beirut: Dār al-Fikr, 1984), Jil. 1, Hal. 324; Sham sal-Dīn Muḥammad bin Abī al-‘Abbās Aḥmad bin Ḥamzah Shihāb al-Dīn al-Ramlī, Ghāyah al-Bayān Sharḥ Zubad Ibn Raslan, (Beirut: Dār al-Ma’rifah, t.t), Hal. 68.

[6] Muḥammad bin Īsa bin Saurah bin Musā bin al-Daḥāk al-Tirmiẓī, Sunān al-Tirmiẓī, Peny. Aḥmad Muḥammad Syākir, (Meṣir: Syarikah Maktabah wa Matba’ah Muṣṭafa al-Bābī al-Ḥalabī, 1975), No. 1109, Jil. 3, ms. 409.

[7] Abū al-‘Alā Muḥammad ‘Abd al-Raḥman bin ‘Abd al-Raḥīm al-Mubārakfūrī, Tuḥfah al-Aḥūẓī bi Sharḥ Jāmi’ al-Tirmiẓī, (Beirut: Dār al-Kutub al-‘Ilmiah, t.t), Jil. 4, Hal. 208.

[8] Al-Nawawī, Abū Zakariyyā Muḥyī al-Dīn bin Sharaf, Rawḍah al-Ṭālibin wa ‘Umdah al-Muftīn, (Beirut: Maktab al-Islāmī, 1991), Jil. 1, 134.

[9] Zakariyā bin Muḥammad bin Aḥmad bin Zakariyā al-Anṣārī, Fatḥ al-Wahhāb bi Syarḥ Minhaj al-Ṭulāb, (Dār al-Fikr lil Ṭabā’ah wa al-Nasyr, 1994), Jil. 1, ms. 31; ‘Abd al-Raḥman bin ‘Abd Allāh bin ‘Abd al-Qādīr al-Saqāf, al-Ibānah wa al-Ifādhah fī Aḥkām al-Ḥaid wa al-Nifās wa al-Istiḥādhah ‘alā Maẓhab al-Imām al-Shāfi’ī, (Kedah: Mataz Publisher and Distributor, 2021), 25.

[10] ‘Abd al-Raḥman bin ‘Abd Allāh bin ‘Abd al-Qādīr al-Saqāf, al-Ibānah wa al-Ifādhah fī Aḥkām al-Ḥaid wa al-Nifās wa al-Istiḥādhah ‘alā Maẓhab al-Imām al-Shāfi’ī, Hal. 25.

[11] Sekurang-kurang bilangan hari yang boleh berlaku sekali haid dan sekali suci dalamnya adalah 16 hari 16 malam. (Sekurang-kurang haid sehari semalam + sekurang-kurang suci 15 hari 15 malam = 16 hari 16 malam). Justeru, tempoh yang tidak telus haid dan suci adalah tempoh kurang dari 16 hari 16 malam.

[12] Sulaymān bin Muḥammad bin ‘Umar al-Bujayrīmī al-Miṣrī al-Shāfi’ī, Ḥashiah al-Bujayrīmī ‘alā Sharḥ al-Minhaj, (Maṭba’ah al-Ḥalabī, 1950), Jil. 1, Hal. 131.

[13] Aḥmad bin Muḥammad bin Alī bin Ḥajar al-Haytamī, Tuḥfah al-Muḥtāj fī Sharḥ al-Minhāj, (Meṣir: al-Maktabah al-Tijāriyah al-Kubrā, 1983), Jil. 1, ms. 384.

[14] Mansoor bin Ismail, Tuḥfah al-‘Izzā’ fī Īdhāḥ Masā’il Dimā’ al-Nisā’, (Kuala Lumpur: Miftahul Ulum, 2021), Jil. 1, hal. 81.

[15] Mansoor bin Ismail, Jil. 1. Hal. 18. 

Accessibility Toolbar