KURSUS JANGKA PENDEK SYARIAH (FALAK) DI REPUBLIK TURKIYE

Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS) telah menyertai Kursus Jangka Pendek Syariah (Falak) di Republik Turkiye yang diwakili oleh Y.A.D. Dato’ Setia Prof. Madya Dr. Hj. Anhar bin Haji Opir, Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor dan Ustaz Hardi bin Mohamad Sadali, Penolong Mufti Kanan (Falak). Kursus ini dianjurkan oleh Universiti Malaya dan Persatuan Jurufalak Syarie (JUFAS).

Delegasi kursus diketuai oleh Prof. Dr. Mohd Fauzi bin Hamat, Dekan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan turut disertai oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Wilayah Persekutuan dan Sabah, Sahibus Samahah Timbalan Mufti Negeri Perak, Pensyarah-pensyarah Akademi Pengajian Islam، Universiti Malaya, pegawai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), pegawai-pegawai falak Jabatan Mufti Negeri-Negeri dan pegawai penyelidik Balai Cerap Teluk Kemang, Negeri Sembilan.

Workshop 1: Perbincangan dan Diskusi Falak Bersama Pejabat Hal Ehwal Agama (Diyanet), Ankara, Republik Turkiye

Sebanyak 13 pembentangan kertas kerja telah dikemukakan kepada para peserta yang berkaitan aspek teknikal dan syariah berkaitan arah kiblat, parameter kedudukan matahari dalam hitungan waktu solat, sejarah cerapan hilal, perbezaan kriteria kenampakan anak bulan, konsep kesatuan matla’ menurut perbezaan mazhab dan cadangan pembentukan takwim hijri global.

Para peserta juga telah dibawa mencerap hilal Rabi’ul Awwal 1446H di Gunung Arkut, Wilayah Grenede, Republik Turkiye yang berada pada ketinggian 1900m. Cerapan ini memberi peluang kepada setiap peserta untuk merasai sendiri perbezaan antara kaedah cerapan hilal di Malaysia dan Republik Turkiye. Pihak Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya juga telah mengambil kesempatan melaksanakan kajian kecerahan langit senja pada malam tersebut.

Hasil penting yang diperolehi daripada workshop ini adalah:

1. Memahami dengan lebih jelas lagi perbezaan kriteria antara Malaysia dan Republik Turkiye dalam hitungan waktu solat dan takwim serta aplikasi yang dibangunkan.

2. Memahami kaedah aplikasi yang digunakan dalam cerapan hilal di Republik Turkiye yang lebih menekankan penggunaan naked eyes (mata kasar) dan teropong binokular.

3. Peluang kajian lanjut berkaitan kecerahan langit yang melibatkan tempoh masa kedudukan matahari antara syafaq ahmar dan syafaq abyadh.

Maklumat lanjut berkaitan topik diskusi dan perbincangan boleh dilihat di pautan berikut:

https://www.facebook.com/share/p/Zi3tnhgpA8cFpPeS/?mibextid=oFDknk

Dan,

https://www.facebook.com/share/p/S8Hdp9rCThxQpAAA/?mibextid=oFDknk

Kursus ini merupakan platform penting bagi mengukuhkan kerjasama antara Malaysia dan Republik Turki dalam bidang astronomi Islam, sambil memberi pengalaman yang berharga kepada peserta kedua-dua negara.

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Accessibility Toolbar

PHP Code Snippets Powered By : XYZScripts.com