CERAPAN HILAL RABI’UL AWWAL 1446H

Jabatan Mufti Negeri Selangor telah melaksanakan cerapan hilal Rabi’ul Awwal 1446H pada hari Selasa, 3 September 2024 bersamaan 29 Safar 1446H di Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam. Hilal Rabi’ul Awwal 1446H tidak kelihatan pada hari tersebut dan data-data bulan menunjukkan kedudukan bulan tidak memenuhi kriteria Imkan ar-Rukyah. Maka keesokan harinya disempurnakan bulan Safar kepada 30 hari.

Cerapan hilal diteruskan pada hari Rabu, 4 September 2024 bersamaan 30 Safar 1446H di Balai Cerap Selangor dan Baitul Hilal Bukit Jugra, Kuala Langat. Hilal mula kelihatan di Balai Cerap Selangor pada jam 7.32 malam dan di Baitul Hilal Bukit Jugra, Kuala Langat pada jam 7.55 malam.

اللَّهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَالْإِيمَانِ وَالسَّلَامَةِ وَالْإِسْلَامِ رَبِّي وَرَبُّكَ اللَّهُ  

Ya Allah, terbitkan lah anak bulan ke atas kami dengan keberkatan dan keimanan, dengan keselamatan dan Islam, Tuhanku dan Tuhanmu (anak bulan) ialah Allah SWT

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Accessibility Toolbar

PHP Code Snippets Powered By : XYZScripts.com