Liqa Mahabbah Kali ke-3 bagi tahun 2024 dan Tuan Rumah kali ini adalah Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan telah melabuhkan tirainya pada Isnin (26 Ogos 2024)

Liqa Mahabbah Kali ke-3 bagi tahun 2024 dan Tuan Rumah kali ini adalah Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan telah melabuhkan tirainya pada Isnin (26 Ogos 2024) dengan jayanya dan cemerlang. Liqa Mahabbah kali ini telah bermula sejak 22 Ogos 2024 sehingga 26 Ogos 2024 dengan perasmiannya oleh Dato Setia Dr. Naim Mokhtar iaitu YB Menteri di Pejabat Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Agama Islam.

Selama 5 hari semua Jabatan² Mufti Semalaysia telah berkampung di Universiti Putra Malaysia, Serdang bagi berjuang merebut kejuaraan sukan dwi tahunan ini. Sukan yang dipertandingkan adalah sebanyak 11 jenis iaitu Bola Sepak 7 sebelah, merentas desa, badminton, petanque, karom, congkak, dart, ping pong, memancing, bowling dan bola jaring.

Kemuncak kepada Liqa Mahabbah 2024 adalah penganjuran Majlis Konvensyen Madani Pengurusan Kefatwaan Kontemporari dan Penangguhan Liqa’ Mahabbah Siri ke-3 2024 yang diadakan pada 26 Ogos 2024 di Hotel Marriot putrajaya.

Penganjuran Liqa Mahabbah memberi gambaran bahawa sukan mampu menyemai semangat kebersamaan, kesepaduan dan penyatuan antara Jabatan² Mufti Semelaysia sekaligus menjadikan kakitangannya sihat serta cerdas dalam mendepani isu² ummah yang semakin mencabar…

Sampai bertemu kembali pada Liqa Mahabbah kali ke-4 di Negeri Sembilan pada tahun 2026.. insyaallah..

Accessibility Toolbar

PHP Code Snippets Powered By : XYZScripts.com