SEBUTHARGA PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN TANPA SENJATA API DI BALAI CERAP SELANGOR, SUNGAI LANG SABAK BERNAM, SELANGOR

ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA YANG MENYERTAI PERKHIDMATAN INI

 

1.                   Penghantaran Dokumen

 

1.1               Dokumen sebutharga yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar secara manual ke Jabatan Mufti Negeri Selangor dan hendaklah dimasukkan di dalam peti sebutharga yang telah disediakan sebelum tarikh dan waktu tutup yang telah ditetapkan.Penghantaran secara pos adalah tidak digalakkan. Dokumen yang lewat tidak akan dipertimbangkan. Peti Sebutharga ditempatkan di alamat berikut :-

 

JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR

TINGKAT 8, MENARA UTARA,

BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH,

40000 SHAH ALAM,

SELANGOR DARUL EHSAN

 

1.2               Dokumen yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam dua (2) sampul yang berasingan dan dilabelkan seperti berikut :-

 

i.  Sampul A – Cadangan Kewangan

 

a)      Lampiran Q

b)      Jadual Kadar Harga

c)       Ringkasan Tawaran

d)      Latar Belakang Syarikat

e)      Penyata akaun bank bagi tiga (3) bulan yang terkini (APRIL – JUN 2024)  

f)        Salinan Sijil Kementerian Pendaftaran Syarikat

g)      Salinan Sijil Kementerian Taraf Bumiputera

h)      Salinan Syarikat Kementerian Dalam Negeri (KDN)

i)         Salinan Surat Suruhanjaya Syarikat (SSM)

j)         Sesalinan Pengesahan Syarikat adalah Anggota Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) sebagai ahli yang masih berkuatkuasa dan sah.

 

ii.  Sampul B – Cadangan Teknikal

 

a)      Gambar berwarna pakaian seragam

b)      Rekod Pengalaman syarikat dengan Kerajaan

c)       Rekod pengalaman syarikat dengan sektor swasta

d)      Senarai Kontrak Kawalan Keselamatan yang di dalam jagaan sekarang

e)      Surat Akuan Pembida

f)        Surat penurunan kuasa dari syarikat

g)      Brouser / katalog

h)      Bukti pengalaman syarikat

 

1.3               Kedua-dua SAMPUL A dan SAMPUL B hendaklah dimasukkan ke dalam SATU (1) sampul surat yang lebih besar, berlakri dan di sebelah kiri (atas) dituliskan seperti berikut:-

 

             Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Tanpa     

             Senjata Api di Balai Cerap Selangor, Sungai Lang 

              Sabak Bernam Selangor

              (No. Sebutharga: ……………………………………………)

 

  1. Peringatan Mengenai Kesalahan Rasuah

 

           2.1        Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada,mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.

 

           2.2        Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau Balai Polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.

 

           2.3        Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan syarikat atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.

 

           2.4        Mana-mana syarikat atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitanperolehan  ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan di bekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.

  1. Kaedah Pelaksanaan Integrity Pact Dalam Perolehan Kerajaan

 

3.1.            Pembida adalah tertakluk kepada Surat Arahan Perbendaharaan (SAP) mengenai pelaksanaan Integrity Pact bagi mengukuhkan usaha ke arah meningkatkan integriti dan ketelusan dalam perolehan Kerajaan. Sehubungan itu, pembida diwajibkan mengisi Surat Akaun Pembida.

 

4.       Tempoh perkhidmatan adalah untuk dua (2) tahun bermula 09 Ogos 2024 sehingga 08 Ogos 2026. Sekiranya pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor berpuas hati dengan tahap perkhidmatan yang diberikan, penyebut harga akan ditawarkan penyambungan perkhidmatan untuk tempoh satu (1) tahun atau lebih pada kadar harga tawaran yang sama berlandaskan kepada prestasi yang ditunjukkan.    

 

5.       Harga Indikatif bagi perolehan ini adalah RM150,000.00 (termasuk kenaan cukai SST) bagi 2 tahun kontrak

 

6.       Harga indikatif ini adalah suatu anggaran sahaja dan amaun tersebut tidak mengikat Kerajaan atau mana-mana pihak lain juga bagi maksud mengelakkan kekeliruan yang mungkin berbangkit. Kerajaan tidak menjamin bahawa syarikat akan dipilih atau boleh mengiapkan kerja dengan bersandarkan Harga Indikatif Jabatan.

 

7.       Lokasi perkhidmatan di Bangunan Balai Cerap Selangor, Sungai Lang Sabak Bernam, Selangor.

 

8.    Penyebutharga yang ingin menyertai sebut harga ini boleh secara memuat turun dokumen di Laman Web Rasmi Jabatan ini (www.muftiselangor.gov.my) atau Sistem Tender Online Selangor mulai 05 Julai 2024 (Jumaat).

 

9.    Syarikat hendaklah menyerahkan ‘hardcopy’ tawaran sebut harga sebelum waktu dan tarikh tutup yang ditetapkan iaitu pada 12 Julai 2024 (Jumaat) sebelum atau pada 12.00 tengahari.  

 

10.  Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi :

 

a)    Encik Norakmal Azraf bin Awaluddin: 03-55143738 / 013 2653743.

 

b)    Encik Norameen bin Burhanuddin: 03-32136220 / 017-6826280

Accessibility Toolbar

PHP Code Snippets Powered By : XYZScripts.com