Gambar dirakam di Baitulhilal Bukit Malawati, Kuala Selangor pada 7 Jun 2024 bersamaan 29 Zulqa’dah 1445H pada jam 7:41 malam. Ketinggian hilal adalah pada kedudukan 6° dari ufuk. Umur hilal ialah 23 jam 03 minit. Gambar dirakam menggunakan alat bantuan penglihatan teleskop jenis Skywatcher 50ED dan kamera jenis ZWO ASI120mm-c oleh En. Mohd hazriq Izlan bin Abd. Khadik (Pegawai Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Selangor).
LENSA FALAK Hilal Zulhijjah 1445H
