Ucaptama Calam Seminar Isu Kefatwaan Zakat Tahun 2023 (SIFZA 3.0)

Pulau Pinang, 12 Disember 2023: Y.A.D. Dato’ Setia Prof. Madya Dr. Hj. Anhar Bin Opir, S.S. Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor telah dijemput untuk menyampaikan ucaptama dalam Seminar Isu Kefatwaan Zakat Tahun 2023 (SIFZA 3.0). Tajuk yang dipilih oleh pihak penganjur untuk ucaptama kali ini adalah Fatwa Kontemporari Dalam Dakwah Zakat Masa Kini.
Program SIFZA 3.0 dianjurkan oleh Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang bersempena Sambutan Bulan Zakat Negeri Pulau Pinang. Perasmian dalam Seminar Isu Kefatwaan Zakat Tahun 2023 (SIFZA 3.0) telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Dr. Mohamad Bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Accessibility Toolbar