PROGRAM BICARA MUFTI
Simpang 3, Gombak, 12 Rabi’ul Akhir 1445H l 27 Oktober 2023 – Unit Dakwah Pejabat Agama Islam Daerah Gombak dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Selangor dan Masjid Al-Sharif Simpang 3 Gombak telah mengadakan Program Bicara Mufti dengan tajuk “Kaedah Pengeluaran Fatwa” yang disampaikan oleh Y.A.D. Dato’ Setia Prof. Madya Dr. Haji Anhar bin Haji Opir, Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor.
Semoga dengan penganjuran program ini dapat memberikan pencerahan kepada ahli kariah dalam memahami tatacara pengeluaran fatwa di negeri Selangor.