anugerah inovasi negeri selangor (AINS) Tahun 2023

Produk inovasi Sistem TAUDHIH AL-AHKAM dari Kumpulan Mufti Agent Hukum Islamic Religion (MAHIR), Jabatan Mufti Negeri Selangor telah dinobatkan sebagai JOHAN di dalam pertandingan Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) Tahun 2023 dalam Kategori Sektor Awam (Agensi Selain PBT & PDT) yang telah diadakan pada 22 Oktober 2023 bersempena Majlis Penutupan 4th Selangor R&D And Innovation Expo (SRIE) Tahun 2023 di Conference Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Kejayaan ini merupakan hasil kerja berpasukan kakitangan Jabatan Mufti Negeri Selangor dari pelbagai bahagian yang telah memerah keringat dan melontar idea bagi menjayakan dan menyiapkan produk inovasi sehingga berjaya mencipta kejayaan. Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan Sistem Taudhih Al-Ahkam ini.

Accessibility Toolbar

PHP Code Snippets Powered By : XYZScripts.com