Peguam Syarie hendaklah beragama Islam dan berkemahiran dalam hukum syarak berdasarkan dari Firman Allah S.W.T melalui Surah An-Nisa‟ ayat 138-139, maksudnya: “Sampaikanlah khabar berita kepada orang munafik bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab yang pedih. (Iaitu) orang yang mengambil orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya adalah milik Allah (yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya)”.