- Fahaman dan ajaran Wan Noor Hayati binti Wan Alias (Ibu Yati) adalah menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar menurut pandangan Ahli Sunah Wal Jamaah kerana mengandungi elemen-elemen yang berikut:
(a) Mendakwa Allah SWT mempunyai tiga anak perempuan iaitu Al-Latta, Al-Uzza dan Al-Manna.
(b) Menyalahkan tafsir ayat al-Quran seperti berikut:
(i) Kiblat sebenar ialah di Becca (Petra), Jordan.
(ii) Tidak perlu solat.
(iii) Judi diharuskan.
(iv) Menyamakan Allah SWT dengan tuhan berhala.
(v) Mendakwa hadis di dalam Sahih al-Bukhari tidak sahih.
(vi) Mendakwa salah satu cara menyembah tuhan yang satu ialah dengan membaca lafaz Ila Ha Ila Ra Ila Ma.
- Apa-apa variasi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan semua atau sebahagian daripada elemen-elemen fahaman dan ajaran ini adalah disifatkan menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar menurut pegangan Ahli Sunah Wal Jamaah.
- Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang dan diharamkan untuk—
(i) beramal atau berpegang dengan fahaman dan ajaran ini atau apa-apa fahaman dan ajaran yang mempunyai persamaan dengannya;
(ii) menjadi pengikut kepada fahaman dan ajaran ini atau apa-apa fahaman dan ajaran yang mempunyai persamaan dengannya;
(iii) mengisytiharkan diri sebagai orang yang berpegang dengan fahaman dan ajaran ini atau apa-apa fahaman dan ajaran yang mempunyai persamaan dengannya;
(iv) mengajar, menyebarkan atau mengembangkan fahaman dan ajaran ini atau apa-apa fahaman dan ajaran yang mempunyai persamaan dengannya;
(v) berada dalam majlis, perayaan atau sambutan keraian yang boleh dikaitkan dengan fahaman dan ajaran ini atau apa-apa fahaman dan ajaran yang mempunyai persamaan dengannya;
(vi) memiliki, menyimpan, menerbitkan, menyalin, mencetak, menjual, mengedar atau menyiarkan apa-apa bahan berkaitan dengan fahaman dan ajaran ini atau apa-apa fahaman dan ajaran yang mempunyai persamaan dengannya dalam apa-apa bentuk termasuk filem, rakaman video atau audio, penulisan, akhbar, risalah, buku, majalah atau lain-lain bentuk penulisan;
(vii) menganjur, mengadakan atau membantu menjayakan apa-apa perayaan, sambutan keraian atau majlis yang boleh dikaitkan dengan fahaman dan ajaran ini atau apa-apa fahaman dan ajaran yang mempunyai persamaan dengannya melalui pertubuhan, persatuan, syarikat atau badan lain;
(viii) memberi apa-apa kemudahan, sumbangan, pembiayaan atau bantuan kepada mana-mana orang atau badan untuk tujuan menyebarkan atau mengembangkan fahaman dan ajaran ini atau apa-apa fahaman dan ajaran yang mempunyai persamaan dengannya.
- Mana-mana orang Islam yang telah menyertai atau mengamalkan atau berpegang kepada fahaman dan ajaran ini hendaklah segera bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah SWT.
Bertarikh 5 Ogos 2022







