Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 41(2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1952, (Selangor No.3/52) Jawatankuasa Perundangan Majlis Agama Islam Selangor bagi pihak MAIS menfatwakan bahawasanya Hj. Khahar B. Hj. Ahmad Jalal No. K.P. 3297747 yang beralamat di No. 44 Kg. Kemensah Hulu Klang telah membawa ajaran ilmu salah kerana telah menyeleweng daripada akidah dan hukum syariat islamiah yang sebenar dan telah membuat penghinaan kepada para Ulama yang muktabar.