(a) Hukum suntikan vaksin COVID-19 di bulan Ramadan bagi umat Islam yang berpuasa adalah harus kerana pemberian vaksin COVID-19 melalui suntikan dos yang telah ditentukan adalah sama seperti prosedur pemberian vaksin-vaksin yang lain dan tidak membatalkan puasa.
(b) Pengambilan suntikan vaksin COVID-19 wajar dijadikan syarat untuk bakal jemaah haji dan umrah bagi mengekang penularan virus COVID-19. Pengambilan vaksin COVID-19 berteraskan arahan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) daripada Kerajaan atau pihak berkuasa.
Bertarikh 5 Ogos 2022







