1. Kandungan dan fakta dalam buku karangan Dr. Mohd Naim Yasin bertajuk “Al-Iman Arkanuhu Wa Hakikatuhu Wa Mubilatuhu” dan buku terjemahannya dalam Bahasa Melayu bertajuk “Al-Iman, Rukunnya, Hakikatnya, Pembatalannya” sama ada dalam versi jawi, rumi atau lain-lain bahasa terjemahan adalah bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana mengandungi elemen-elemen seperti yang berikut:
(i) maksud beriman kepada Allah adalah beriman pada Tauhid Rububiyah, Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Asma’ Wa Sijat;
(ii) pembahagian Tauhid Rububiyyah, Tauhid Ulihiyyah dan Tauhid Asma’ Wa Sifat (Tauhid Tiga) yang tidak disebut oleh para ulama Salaf dan Khalaf; dan
(iii) menolak ta’wil yang telah disepakati oleh para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah pegangan al-A’syairah dan al-Maturudiah.
Baca selanjutnya fatwa:



