Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-1/2020 yang bersidang pada 23 Jumadal Akhirah 1441H bersamaan 18 Februari 2020 mengambil maklum bahawa:
Perkembangan terkini sehingga bulan Januari 2020 peratusan pelaburan patuh syariah Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah meningkat sebanyak 74.5% dan PNB komited untuk mencapai kepatuhan syariah merangkumi kesemua aset pada tahun 2020 iaitu sebanyak 75%.
Bertarikh 18 Februari 2020
(MJKFNS. BIL.1/2020)
DATO’ SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa
Negeri Selangor