Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-6/2019 yang bersidang pada 6 Rabi’ul Akhir 1441H / 3 Disember 2019 memutuskan:
a) Permulaan waktu solat Subuh di Malaysia adalah menggunakan parameter altitud matahari pada 18° di bawah ufuk. Perubahan ini menyebabkan waktu solat Subuh sedia ada perlu ditambah sebanyak 8 minit;
b) Kajian ini telah dibahas dan dipersetujui dalam Muzakarah Falak Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 yang telah diadakan pada 17-19 September 2019 untuk mengubah altitud matahari di bawah ufuk bagi penentuan awal waktu solat Subuh di Malaysia sedia ada iaitu 20° (Kelantan 19°); dan
c) Pelaksanaan solat Subuh sebelum ini yang menggunakan altitud matahari pada 20° tetap dianggap sah kerana ia adalah masalah ijtihadiyah bergantung pada apa yang telah diputus dan dipersetujui oleh uli al-amr sebagai pemerintah.
Bertarikh 3 Disember 2019
(MJKFNS. BIL.6/2019)
DATO’ SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa
Negeri Selangor