Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-2/2021 yang bersidang pada 25 Rajab 1442H bersamaan 9 Mac 2021 memutuskan bahawa;
Perubahan nilai Kriteria Imkanur Rukyah yang baharu iaitu ketika matahari terbenam ketinggian bulan tidak kurang dari 3° dan jarak lengkung Bulan Matahri (elongasi) tidak kurang dari 6.4° dan bersetuju untuk pelaksanaannya pada tahun 2021 (Muharram 1443H) selaras dengan keputusan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan (SOM) MABIMS Kali Ke-44.
Bertarikh 9 Mac 2021
(MJKFNS. BIL.2/2021)
DATO’ SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa
Negeri Selangor