Pandangan Hukum Syarak Pendermaan Organ Dan Tisu

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-6/2019 yang bersidang pada 6 Rabi’ul Akhir 1441H / 3 Disember 2019 memutuskan:

a)  Hukum pendermaan buah pinggang atau hati oleh orang-orang Islam yang masih hidup adalah harus dan ia sangat digalakkan.

b)  Hukum pemindahan keseluruhan organ atau tisu daripada tubuh badan orang-orang Islam yang telah meninggal dunia termasuk hati, paru-paru, buah pinggang, injap jantung, kulit atau tulang adalah harus dan ia sangat digalakkan.

Bertarikh 3 Disember 2019

(MJKFNS. BIL.6/2019)

DATO’ SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa

Negeri Selangor

Accessibility Toolbar