Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-5/2019 yang bersidang pada 2 Rabi’ul Awwal 1441H / 30 Oktober 2019 memutuskan:
Pembayaran zakat melalui ejen saluran pembayaran iaitu Touch ‘n’ Go dan Boost yang menyediakan perkhidmatan E-Wallet dan Kod Quick Response (QR) adalah harus menurut Hukum Syarak.
Bertarikh 30 Oktober 2019
(MJKFNS. BIL.5/2019)
DATO’ SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa
Negeri Selangor