Setelah meneliti setiap pandangan ahli Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor, maka mesyuarat memutuskan bahawa:
Pemakaian Seksyen 13 Akta Pendaftaran Negara 1957 dikecualikan kepada ibu atau bapa kepada kanak-kanak yang beragama Islam. Ini bertujuan:
i. Menentukan masyarakat Islam di Negeri Selangor tidak melanggar larangan Allah dengan sewenang-wenangnya tanpa ada sekatan dan Penguatkuasaan Undang-Undang berhubung larangan Allah menasabkan anak tak sah taraf kepada bapa tak sah tarafnya.
ii. Memelihara jiwa dan keturunan agar tidak bercampur dengan perkara-perkara yang haram sama ada berhubung dengan zuriat, aurat, perwalian dan sebagainya.
iii. Memelihara identiti Islam sebagai suatu agama suci dan mulia di Negeri Selangor khususnya dan Malaysia amnya.