Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor memutuskan seperti berikut:
i. Bersetuju dengan penutupan Masjid ar-Ridhwan, Berjuntai Bistari, Kuala Selangor dan perpindahan Solat Jumaat ke Surau ar-Ridhuan, Batang Berjuntai, Kuala Selangor dengan mengekalkan bangunan masjid demi memelihara kesuciannya.
ii. Dicadangkan agar pihak JAIS mengambil tapak masjid dan kawasan persekitarannya untuk dibangunkan bagi kemaslahatan ummah.