Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor yang diadakan pada 16 April 2002 telah memutuskan bahawa:
Masjid tersebut adalah wakaf oleh Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah. Menurut Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 1989, Pentadbir Harta Wakaf adalah Majlis Agama Islam Selangor. Sesuatu harta yang diwakafkan itu telah menjadi milik Allah S.W.T. secra mutlak, maka ia tidak boleh dilakukan kepadanya sebarang transaksi. Oleh yang demikian, “Akta Benda Purba” dalam hal ini tidak terpakai. Adalah menjadi tanggungjawab Ahli Jawatankuasa Masjid untuk mengekalkan sturuktur asal atau diubah suai dengan tujuan bagi keselesaan jemaah serta dapat dimanfaatkan sepertimana yang diharapkan oleh Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah.