Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor telah membuat keputusan bahawa:
Kaset bertajuk “Keajaiban Tuhan Kesaksianku” tidak sesuai dan diharamkan. Oleh itu percetakan, penerbitan, pemilikan, penyiaran atau pengedaran mana-mana buku atau risalah yang dinyatakan termasuk:
i. Apa-apa bentuk, versi atau variasinya;
ii. Apa-apa terjemahannya dalam apa-apa sahaja;
iii. Apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku atau risalah itu, pada atau atas apa-apa bahan, sama ada dalam bahan bercetak atau elektronik atau selainnya, atau melalui apa-apa media adalah haram.