Istibdal Tanah Wakaf Gm 6303 Lot 4944, Mukim Kapar Dengan Cadangan Pembangunan 6 Unit 3 Tingkat Lot Kedai Di Atas Sebahagian Tanah Rezab Tapak Masjid Meru

Setelah ahli mesyuarat membuat perbincangan dengan panjang lebar dan telah mengambil maklum mengenai kertas tersebut serta bersetuju dengan usaha membangunkan Tanah Wakaf secara istibdal berdasarkan kenyataan asas pertimbangan dan perbincangan yang dikemukakan dengan:

1) Istibdal dengan sesuatu yang lebih baik dari tanah yang ada.

2) Mesyuarat bersetuju Istibdal tanah mengikut syor yang dikemukakan dengan:

i. Membeli tanah baru yang sama nilainya atau lebih tanah wakaf yang akan dibiayai hasil dari pembangunan ini sebagai sebahagian daripada kos pembangunan yang akan dibiayai oleh pemaju.

ii. Memajukan tanah wakaf asal dengan projek yang berdaya maju dan boleh dijual dan memastikan kosnya melebihi harga tanah semasa.

iii. Bahagian Masjid di atas tanah ini dikekalkan sebagai aset yang akan memanjangkan pahala wakaf.

iv. Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor memutuskan bahawa permohonan istibdal ini diluluskan.

Accessibility Toolbar