Hukum Sembahyang Jumaat Banduan Di Penjara Dan Seumpamanya

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang diadakan pada 16 Jun 2003 telah memutuskan bahawa:

Memandangkan keadaan keselamatan dan keperluan dalam penjara, maka Sembahyang Jumaat bagi banduan itu adalah harus.

Sekiranya wujud anggapan yang mengatakan banduan tersebut boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman kepada pihak lain. Maka ianya tidak diwajibkan Sembahyang Jumaat tetapi ianya telah diwajibkan Sembahyang Fardhu Zohor sahaja.

Accessibility Toolbar