Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor yang telah diadakan pada 10 September 2002 telah memutuskan bahawa:
Wang Caruman Takaful adalah simpanan harta pusaka peninggalan si mati dan hendaklah dibahagi mengikut sistem faraid, sekiranya dipersetujui oleh pihak waris untuk dibahagikan maka bolehlah dilaksanakan mengikut keputusan yang dipersetujui atas dasar redha di kalangan semua waris yang layak mendapat pusaka tersebut.