Hukum Menulis Dan Menerbit Bahan-Bahan Yang Mengandungi Ayat-Ayat Al-Quran, Hadith Beserta Pandangan-Pandangan Agama Lain (Cina, Buddha, Hindu, Sikh Dan Kristian)

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 6/2005 yang bersidang pada 15 November 2005 telah memutuskan bahawa:

Menulis dan menerbitkan bahan-bahan yang mengandungi ayat-ayat alQuran, hadith beserta pandangan-pandangan agama lain (Cina, Buddha, Hindu, Sikh dan Kristian) adalah dilarang kecuali pandangan Islam dan ayat-ayat al-Quran serta hadith diasingkan daripada agama lain dan agama Islam perlu mendominasikan keseluruhan penerbitan tersebut.

Accessibility Toolbar