Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor yang diadakan pada 23 Julai 2002 telah memutuskan bahawa:
Harus menggunakan Bangunan Masjid Lama as-Syarif, Pekan Meru untuk tujuan-tujuan baik dari segi syara’ seperti Sekolah-sekolah Agama, Kelas Tahfiz dan lain-lain dengan alasan berikut;
i. Jika bangunan masjid baru telah siap dibina.
ii. Bangunan masjid lama masih boleh dimanfaatkan.
iii. Tapak serta bangunan masjid lama itu bukan merupakan harta wakaf.
Di samping itu juga Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor menyarankan agar mengekalkan status Masjid Lama sebagai Masjid untuk kegunaan sembahyang 5 waktu sahaja bukan Sembahyang Jumaat.
Walau bagaimanapun bangunan ini hendaklah dijaga kehormatannya dan kesuciannya supaya mereka yang berhadas besar dan berjunub tidak berada di tempat tersebut.
Sekiranya berlaku apa-apa perubahan kepada Bangunan masjid ini, statusnya sebagai masjid hendaklah dikekalkan dan fungsinya sebagai tempat ibadah dan tempat pengajian tidak terjejas.