Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor yang diadakan pada 16 Jun 2003 telah memutuskan bahawa:
Wang Zakat yang telah diluluskan mengikut asnaf tetapi penyampaiannya tidak dapat diselesaikan maka pihak yang berhak layak menerima walaupun ianya telah keluar daripada asnaf yang asal.
Pusat Zakat Selangor disarankan agar dapat mengambil tindakan dengan bersungguh-sungguh dan berkesan dalam menguruskan penyampaian zakat kepada asanaf-asnaf zakat sebagai amanah yang telah dipertanggungjawab.