SHAH ALAM, 23 Ogos 2023 – Jabatan Mufti Negeri Selangor dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong, Shah Alam telah melaksanakan Program Jom Teropong Angkasa bermula jam 8 malam sehingga jam 11 malam. Program ini terbuka kepada para pelajar, ibu bapa dan guru-guru SK Bukit Jelutong. Jabatan Mufti Negeri Selangor telah menyediakan 4 buah teleskop bagi memberi peluang kepada para peserta meneroka dan meneropong objek-objek angkasa seperti bulan, planet zuhal dan lain-lain objek langit. Tahniah diucapkan kepada pihak sekolah atas penganjuran program pada kali ini.


