24 Ogos 2023, Shah Alam – S.S. Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Dato’ Setia Prof. Madya Dr. Haji Anhar Bin Haji Opir telah menerima kunjungan hormat Divisyen Syariah Dan Dakwah Lembaga Zakat Selangor. Kunjungan ini adalah bagi memperkukuhkan hubungan baik antara kedua-dua agensi, di samping berkongsi pandangan berkaitan isu-isu zakat kontemporari.