KEDUDUKAN MATAHARI SE ARAH KIBLAT

Berikut adalah waktu kedudukan Matahari se arah kiblat bagi negeri Selangor bermula pada tarikh 21 hingga 27 Ogos 2023. Tatacara mendapatkan kiblat menggunakan kaedah ini adalah seperti berikut:

1. Pastikan merujuk kepada waktu yang tepat berdasarkan Waktu Piawai Malaysia.
2. Gunakan objek yang diyakini tegak (90 darjah) dan lurus seperti tingkap, pintu dan lain-lain atau benang yang diikat batu pemberat (ladung).
3. Bayang yang terhasil daripada objek tersebut akan menunjukkan ke arah kiblat. InsyaAllah. Arah kiblat adalah bermula dari arah jatuhnya bayang tiang ke arah tiang dalam keadaan menghadap Matahari.
4. Tandakan garis bayang yang terhasil sebagai arah kiblat.

Accessibility Toolbar