PENGUMUMAN
-
Berikut adalah Jadual Waktu Solat Negeri Selangor bagi bulan Disember 2024/ Jumadal Ula – Jumadal Akhirah 1446H:
-
Umat Islam mempercayai dan mengetahui malaikat adalah makhluk Allah SWT yang diciptakan daripada cahaya. Wajib kepada setiap umat Islam untuk mengetahui 10 malaikat secara terperinci. 10 malaikat tersebut adalah Jibril, Mikail, Israfil, Izrail, Malik, Ridhwan, Raqib, ‘Atid, Munkar dan Nakir. Umat Islam juga dituntut beriman dengan kewujudan malaikat Penjaga yang dikenali sebagai al-Malaikah al-Hafazah (الملائكة الحفظة). Dikatakan bilangan Malaikat Penjaga ini sebanyak 10 malaikat yang berada pada seseorang manusia. Oleh itu, artikel ini akan membahas berkaitan malaikat Penjaga terutama pada sudut bilangan malaikat ini.
-
Penggunaan kalimah “Allah SWT” pada jata atau logo telah menjadi topik perbincangan yang menjadi polemik dalam kalangan masyarakat Islam. Rentetan daripada itu, terdapat persoalan tentang hukum penggunaan kalimah suci ini dalam bentuk lambang yang mungkin dipamerkan di pelbagai tempat, termasuk bangunan, dokumen rasmi atau produk komersial. Oleh itu, artikel ini akan membincangkan hukum penggunaan kalimah Allah SWT pada jata atau logo dari perspektif syariah.
-
Was-was termasuk dalam salah satu sifat negatif yang menjadi beban psikologi, tidak mudah untuk dihilangkan begitu saja serta memerlukan masa untuk menghilangkannya. Akibat daripada was-was, seseorang itu merasakan ibadahnya tidak sah dan akan mengulangi perbuatan ibadahnya. Perkara ini boleh memberikan kesusahan melampau kepada dirinya jika tidak dibendung. Terdapat beberapa pendedahan dan pendekatan yang perlu diambil kira bagi menangani was-was terutama sekali apabila berkaitan perkara yang melibatkan ibadah seseorang.
-
Susu ibu merupakan makanan utama bagi bayi yang diperakui memberi khasiat terbaik untuk perkembangan dan tumbesaran bayi. Menjadi kelaziman bagi seorang ibu menyusukan anaknya setelah anak tersebut dilahirkan yang mana proses penyusuan anak memerlukan kepada pengorbanan seorang ibu dari sudut masa, tenaga dan emosi agar bayi yang dilahirkan membesar dengan sihat serta mendapat sepenuh perhatian dan kasih sayang. Justeru itu, adakah boleh bagi mereka meminta upah menyusukan anak daripada suami atas pengorbanan yang mereka lakukan?