



PENGUMUMAN
-
Amalan menyapu muka selepas berdoa merupakan salah satu perbuatan yang sering diamalkan oleh umat Islam di seluruh dunia secara umum dan di Malaysia secara khusus. Namun, timbul persoalan mengenai asal usul dan kedudukan amalan ini dalam ajaran Islam adakah ia bersandarkan kepada dalil yang sahih atau sekadar kebiasaan yang diwarisi secara turun-temurun, bahkan ia juga dianggap sebagai perkara bid’ah yang tidak disyariatkan dalam Islam. Justeru, artikel ini akan membincangkan mengenai pandangan ulama dan dalil terhadap amalan menyapu muka selepas berdoa bagi memberi pemahaman yang lebih jelas kepada umat Islam.
-
JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 2025/ 1446H
NEGERI SELANGOR
Berikut adalah Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Tahun 2025/ 1446H bagi Negeri Selangor untuk makluman dan perhatian semua.
• Pastikan merujuk Zon Waktu yang betul.
• Pastikan Jam Waktu yang digunakan tepat mengikut SIRIM.
• Berhenti makan dan minum pada Waktu Imsak sebagai langkah berhati-hati dan bersiap bagi menunaikan Solat Subuh. Boleh rujuk link berikut bagi mengetahui kepentingan Waktu Imsak.
https://www.muftiselangor.gov.my/soalan-lazim/
Seklian dimaklumkan, terima kasih. -
Takwim atau kalendar merujuk kepada sistem penjadualan waktu yang digunakan untuk menyusun hari, bulan, dan tahun. Ini termasuk penentuan waktu untuk pelbagai aktiviti, perayaan, dan ibadah. Asas takwim yang digunakan di dalam ketamadunan Islam ialah Takwim Hijri iaitu kalendar yang menandakan bulan-bulan Hijriah, seperti Ramadhan dan Syawwal, serta waktu-waktu solat. Secara umumnya, Takwim Hijri berdasarkan kepada peredaran bulan mengelilingi bumi, namun secara praktikalnya ia terbahagi kepada beberapa jenis takwim iaitu Takwim Istilahi, Takwim Ijtimak Hakiki, Takwim Wujudul Hilal dan Takwim Imkan ar-Rukyah. Setiap jenis takwim mempunyai kepentingan dan sebab mengapa takwim tersebut digunakan di negara-negara Islam. Maka, apakah justifikasi penentuan Takwim Hijri di Malaysia yang berdasarkan Imkan ar-Rukyah?
-
JUFFAS ialah sebuah jurnal bertemakan Fatwa dan Falak secara umumnya dan menerima pelbagai penulisan dalam bidang berkaitan seperti:
✅ Fatwa
✅ Fiqh dan Usul Fiqh
✅ Aqidah
✅ Tasawwuf
✅ Tafsir
✅ Hadis
✅ Ekonomi dan Perbankan Islam
✅ Perundangan Islam
✅ Isu berkaitan Halal
✅ Falak
JUFFAS akan menerbitkan edisi kedua (Vol 2. No. 1) tahun 2025
Oleh itu, pihak JUFFAS sangat mengalu-alukan sumbangan artikel daripada semua pihak dalam bidang berkaitan.
🗓️ Tarikh Penerbitan:
Jun 2025
📄 Tarikh akhir Penghantaran artikel:
30 April 2025